Friday 18 November 2011

Memahami Fungsi Geometri Basikal


Banyak review pada majalah dan laman web yang memberikan anda berbagai nombor itu dan ini, tetapi mungkin yang hanya anda fahami adalah harganya! Jika anda membeli basikal atau frame dari pengeluar terkemuka, sudut (angle) dan ukuran adalah berbeza mengikut keperluan sesuatu disiplin basikal. Terdapat perbezaan di antara pelbagai jenama. Berikut adalah perkara kunci yang anda perlu ketahui berkaitan geometri.

Basikal & geometrinya

A.  Seat Tube
B.  Top Tube
C.  Head Tube
D.  Wheel Base
E.  Chain Stay
F.  Stand Over
G. Bottom Bracket (BB) Height
H.  Head Angle
I.  Seat Angle
J.  Fork Length

3.1 Head Angle

Head angle (label H) memberikan kesan yang paling besar ke atas ‘rasa’ (feel) basikal anda. Lebih besar angka, lebih menegak (steep) kedudukannya – lebih rendah angka, lebih condong (slack) kedudukannya.

Head angle yang steep akan lebih mudah di pusingkan ke kiri atau kanan dan mudah dikawal ketika mendaki. Namun kawalan ketika menuruni bukit terutama yang terlalu curam adalah agak goyah dan kurang baik.

Head angle yang slack pula akan cukup stabil pada kelajuan yang lebih tinggi di laluan yang lebih kasar. Walaubagaimanapun ia tidak mudah di pusingkan. Untuk melalui selekoh yang sempit, anda perlu menggunakan lebih gerakan badan untuk melepasinya.

Kebanyakan fork dewasa ini, membolehkan anda menukar travel dan ketinggian ketika mendaki.

Merendahkan bahagian depan sehingga 2 inci akan menegakkan head angle anda sekitar 1.5 ke 2 degree, dan pasti memudahkan pendakian namun menyukarkan anda menuruni bukit jika anda terlupa memanjangkan travel fork anda semula. Bagi rider berpengalaman, mereka akan dapat merasakan perbezaan walaupun sekadar 0.25 degree.

Head Angle Pada Kebiasaannya
  1. Cross Country – 70 ke 71 degree
  2. All Mountain – 69 degree
  3. Freeride dan Downhill – 66 ke 67 degree
Jika anda lebih sukakan keadaan downhill yang curam dan kasar, belilah basikal yang memiliki head angle yang slack. Panjangkan fork atau rendahkan bottom bracket untuk lebih slack. Head angle yang steep sesuai bagi trail yang rata dan banyak mendaki.

3.2 Ketinggian Bottom Bracket

Ketinggian bottom bracket (label G) menentukan jumlah ‘clearance’ yang ada dengan permukaan trail. Lebih rendah bottom bracket maka lebih rendah pusat gravity anda dan lebih mudah untuk basikal anda melalui selekoh. Bagaimana pun, bottom bracket yang terlalu rendah memudahkan untuk basikal atau pedal anda tersangkut pada batu, akar atau lain-lain.

Basikal yang mempunyai travel yang panjang biasanya mempunyai ketinggian bottom bracket yang lebih untuk memberi ruang kepada suspension sag dan permukaan trail yang lebih kasar.

Ketinggian Bottom Bracket Pada Kebiasaannya
  1. Hardtail – 11.5 ke 12 inci
  2. XC Full Suspension – 12 ke 13 inci
  3. All Mountain – 14 inci
  4. Freeride dan Downhill – 14.5 ke 16 inci
Untuk kawalan yang baik, pilih basikal dengan ketinggian bottom bracket yang paling rendah. Tunggangan yang lebih perlahan di trail teknikal memberi kelebihan pada bottom bracket yang tinggi. Jika chairing crank menjadi masalah seperti selalu tersangkut pada batu dan lain-lain, gunakan yang lebih kecil beserta bashguard.

3.4 Panjang Pendek Chain Stay

Chainstay (label E) yang pendek adalah lebih menyeronokkan. Ia meletakkan bahagian belakang basikal anda betul-betul dibawah badan untuk lebih cengkaman ketika mendaki, memudahkan mengambil selekoh dengan lebih cepat dan lebih mudah untuk mengangkat bahagian depan basikal anda.

Namun begitu, panjang pendek chainstay juga dipengaruhi oleh panjang travel belakang, ruang tayar dan panjang rantai yang sesuai untuk mendapatkan rekaan frame yang baik. Oleh itu, dapatkan basikal dengan chainstay yang terpendek tetapi masih dapat memenuhi keperluan anda untuk ruang tayar dan travel yang cukup.

3.5 Seat Angle

Sudut tempat duduk (label I) yang lebih menegak seperti pada basikal cross country, meletakkan anda pada posisi kayuhan yang optimum. Sudut yang lebih condong akan meletakkan penunggang lebih ke belakang untuk memudahkan downhill. Anda masih boleh berkayuh dengan baik tetapi tidak sebaik pada sudut yang menegak. Pada kebanyakan basikal, sudut tempat duduk membayangi head angle mengikut kesesuaian corak tunggangan. Jika anda merasakan tempat duduk anda terlalu kebelakang, majukan ia pada seatpost.

Artikel dipetik dari Panduan MTB "Trailrider Blueprint".

No comments:

Post a Comment